
Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala sama ada untuk beberapa jam atau berhari-hari lamanya. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat tidak kiralah sama ada sakit itu sedikit ataupun sangat teruk.
Beberapa petua boleh digunakan bagi mengurangkan sakit ini tanpa mengambil sebarang ubat tahan sakit seperti panadol.
Minum Air Yang Banyak
Dehidrasi boleh menyebabkan masalah sakit kepala. Minum air masak dengan kadar yang banyak jika kepala anda mula berasa sakit, dan kerapkan pengambilan air sepanjang hari tersebut. Anda akan merasakan kesakitan itu akan berkurangan.
Sekiranya anda ingin menggunakan cara ini, anda dinasihatkan agar tidak meminum air yang sangat sejuk (berais). Pengambilan air masak pada suhu bilik adalah terbaik dalam kes ini.
Guna Limau Kasturi
Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.
Urut Dengan Minyak Panas
Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.
Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan dengan minyak Cap Kapak!
Guna Pek Ais
Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau “numb”. Jika tiada pek ais, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasar raya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.
Rehatkan Diri
Sebaik-baik tempat untuk berehat semasa anda sakit kepala adalah tempat yang sunyi dan gelap. Sekiranya boleh, cuba baring dan rileks atau berehat selama 30 minit. Pejam mata, tutup lampu.
Selain itu, anda juga boleh tidur sekejap untuk melegakan kesakitan tersebut. Pastikan tempat anda tidur/ berehat tersebut selesa dan kepala anda mendapat sokongan seperti bantal.
Guna Epal dan Cuka Epal Cider
Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cukai epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.
Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak. Alternatif lain, letakkan 3 hingga 4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.
Rendam Kaki Dalam Bekas Air Panas
Lagi satu cara hilangkan sakit kepala dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala.
Praktikkan Senaman
Percaya atau tidak, senaman ringan juga boleh membantu anda menghilangkan sakit kepala. Hal ini kerana masalah sakit kepala salah satunya berpunca daripada kekurangan bekalan darah ke kepala. Dengan sedikit senaman ringan, anda boleh membantu saluran darah ke otak, lantas mengurangkan sakit kepala.